Tuesday, April 7, 2009
SEJARAH KAMPUNG SUNGAI KECHIL
Setiap peristiwa yang berlaku akan menjadi sejarah. Nama sesebuah kampung juga selalunya dipengaruhi oleh peristiwa penting yang telah berlaku di dalam kampung tersebut sewaktu ia mula ditemui ataupun dibuka. Bagi penduduk Kampung Sungai Kecil, nama kampung ini diambil sempena dengan nama sebatang anak sungai yang menghala ke kuala sungai. Ia menjadi jalan perhubungan penduduk kampung dan bandar. Sungai ini juga turut dikenali dengan nama Sungai Kecil Kampung Nanas kerana di sekitarnya terdapat banyak pokok nanas yang ditanam penduduk kampung.Menurut cerita orang tua-tua, terdapat suatu peristiwa di mana dua orang nelayan yang berkawan baik telah keluar untuk mencari rezeki. Namun nasib mereka agak malang pada hari tersebut kerana hasil tangkapan tidak memberangsangkan. Lantaran itu, mereka mengambil keputusan untuk berdayung ke tengah lautan. Apabila masing-masing telah mendapat tangkapan yang banyak, mereka bertemu semula untuk pulang ke rumah masing-masing. Apabila tiba di suatu persimpangan, kedua-dua nelayan ini menjadi keliru di manakah arah yang harus mereka tuju. Terdapat dua laluan iaitu satu laluan kecil dan satu lagi laluan besar. Nelayan A berkata kepada nelayan B bahawa jalan besar adalah jalan yang mereka gunakan ketika datang manakala nelayan B pula berpendapat jalan yang kecil adalah jalan yang mereka gunakan. Lama mereka berhenti dan berfikir. Namun apabila memikirkan tangkapan yang akan membusuk sekiranya mereka lama-lama di situ, mereka memilih untuk melalui jalan yang besar terlebih dahulu. Namun, mereka merasa hairan kerana jalan yang dilalui hanya terdapat pokok besar dan hutan rimba.Mereka menandakan tempat tersebut dan berpatah balik ke tempat asal dan menggunakan jalan yang kecil pula. Dengan menggunakan jalan tersebut, mereka telah sampai ke kampung halaman mereka dan merasa sangat gembira. Secara kebetulan, kampung tersebut masih belum diberi nama, maka mereka sependapat menamakan kampung tersebut dengan nama Kampung Sungai Kecil dan juga sebagai petunjuk supaya mereka tidak sesat lagi.Pada hari ini, penduduk di Kampung Sungai Kecil sudah tidak menjadikan nelayan sebagai sumber pendapatan mereka. Perubahan masa dan bentuk muka bumi mendorong penduduk kampung memilih sektor lain untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka.
Wednesday, January 14, 2009
PRUDOK KOPI KAWE (RM45.00)
KOPI KAWE ialah kopi pra campuran yang dirumuskan khas untuk kaum lelaki untuk meningkatkan kecergasan. ia merupakan campuran tujuh (7) ekstrak herba yang sangat tinggi khasiatnya. setiap sachet mengandungi diantara 500-600mg campuran ekstrak herba (paling tinggi dalam pasaran!) ia bukan sahaja umtuk organ seksual lelaki tetapi juga boleh membantu untuk penyakit seperti prostate, diabetes, darah tinggi, serta gaot. pengambilan kopi kawe yang berterusan dapat mencapai kehidupan yang sihat dan ceria....
HERBA-HERBA YANG TERKANDUNG DALAM KOPI KAWE
- terdapat tujuh (7) jenis ekstrak yang terkandung dalam ramuan kopi kawe termasuklah ekstrak tongkat ali (Eurycoma longifolia), ekstrak ubi jaga (smilax myosotiflora), ekstrak akar haji samad (stemona tuberose), ekstrak ginkgo biloba, ekstrak panax ginseng dan ekstrak noto ginseng.
KESAN SELEPAS PENGGUNAAN
- Selepas mengamalkan kopi kawe badan akan terasa panas kerana pengaliran darah bertambah lancar. diingatkan, kesan terhadap individu dengan individu yang lain berbeza kerana ia bergantung kepada struktur badan seseorang.
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN
- penggunaan yang mempunyai masalah pembuangan air kecil, sakit pinggang, sengal-sengal badan, kanser prostate, diabetis, tekanan, berat badan yang berlebihan, sakit otot, dan kemandulan boleh mengamalkan kopi kawe.
PENGGUNAAN
- boleh mengambil 1-2 sachet sehari pagi dan malam untuk meningkatkan kecergasan
KELEBIHAN EKSTRAK HERBA
- tongkat ali : mengandungi "aphrodisiac" yang membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan tenaga dan stamina dan boleh memberi kesegaran kepada badan.
- ubi jaga : membantu melancarkan peredaran darah, membersihkan salur kencing dan buah pinggang.
- akar haji samad : membantu dalam aktiviti seksual ketahap yang maksimum dan memperlahankan enjekulasi.
- ginkgo biloba : membantu melancarkan peredaran darah, megurangkan angin dalam badan dan membekalkan oksigen ke otak.
- cordyceps sinesis : mengurangkan batuk dan kahak, membekalkan oksigen ke dalam badan, dan membantu dalam badan dan membantu dalam melancarkan pernafasan.
- noto ginseng : memperbaiki sistem saraf dan kesakitan sistem saraf dan sakit-sakit badan.
- panax ginseng : membantu memperbaiki imunisasi badan dan stress serta maslah diabetis.
Wednesday, December 17, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)